Amanah Saham Bumiputra (ASB), Tabung Haji & Unit Trust Swasta.

Bagi orang melayu terutamanya, medium menyimpan yang paling popular adalah Amanah Saham Bumiputra (ASB) atau Tabung Haji (TH). Kedua-dua tempat ni menjanjikan nilai modal kita selamat dan setiap tahun mendapat keuntungan dividen dan bonus. Jom kita perhalusi pilihan yang ada ni sepintas lalu.

ASB.

Bagi saya inilah instumen amanah saham paling bagus dalam bidang pelaburan unit trust di bumi Malaysia ni. Malangnya ASNB tidak melantik ejen individu dan dana ini tidak termasuk dalam senarai IPD yang dibenarkan kita melabur menggunakan wang akaun 1 EPF. Namun begitu, bila berbicara mengenai ASB ini kita terpaksa menyentuh status HALAL / HARAM pelaburan ini. Ada ulama yang merujuk kepada Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram. Kemudian katanya, Fatwa di peringkat kebangsaan memutuskan ia HARUS atas alasan kemaslahatan ummah. Saya pun bukan arif, tetapi dulu saya pernah bekerja di PNB jadi saya mungkin sedikit ‘bias’ bila mengulas isu ini.

Bagi yang nak selamat dan mengelak diri dari syubhah, maka elok ambil Fatwa yang mengatakan hukumnya HARAM. Rasionalnya adalah seperti berikut:-

  1. ASB masih memiliki pegangan saham dalam institusi kewangan yang konvensional (sistem riba).
  2. Nilai modal ASB adalah dijamin selamat, menyalahi konsep mudharabah yang saling menanggung untung & rugi.
  3. ASNB tidak ada Lembaga Penasihat Syariah, seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kepada Unit Saham Amanah Islamik yang lain.
TH.
Simpanan di TH secara khas adalah untuk belanja mengerjakan rukun Islam ke-5. Ada juga golongan yang menyimpan banyak duit di sini kerana tidak mahu menyimpan duit dalam ASB. Kebetulan pula satu ketika dulu pulangan dividen TH lebih kurang sama dengan yang diberikan ASB. Namun kini dividen TH sekitar 5% sahaja, lebih kurang dengan EPF. Mungkin kerana dana yang semakin besarĀ  menyukarkan pengurus dana di TH menjana keuntungan yang lebih. Selain itu banyak juga gosip tentang pelaburan yang kurang berhemah dan sebahagiannya kerugian besar. Semoga TH akan kembali mencatat keuntungan seperti dahulu.

Unit Trust Swasta.

Ada hampir 40 syarikat pengurus dana swasta dalam industri saham amanah. Orang awam mula sedar potensi melabur di dalam dana amanah swasta ini apabila EPF membenarkan ahlinya menggunakan tabungan daripada akaun 1 untuk dilaburkan dalam Skim Pelaburan EPF. Pelaburan dalam unit trust ini merupakan pilihan alternatif kepada golongan yang suka dana Islamik dan mempunyai rekod keuntungan yang baik. Oleh kerana tidak ramai yang arif mengenai cara pelaburan di sini, sebaiknya pelabur berbincang dan merangka strategi pelaburan yang sesuai mengikut matlamat kewangan mereka. Namun begitu, ramai juga yang mengalami kerugian dalam pelaburan unit trust kerana tersalah ‘timing’ atau tidak ada strategi semasa masuk melabur. Pelaburan unit trust jika dilakukan bersama strategi ‘ringgit-cost-averaging‘ boleh menghasilkan keuntungan yang hampir pasti.

Be Sociable, Share!

2 thoughts on “Amanah Saham Bumiputra (ASB), Tabung Haji & Unit Trust Swasta.

    1. Saharizam Post author

      setiap pelaburan ada risikonya, jika tidak nyata ia mungkin risiko tersembunyi. Di dalam kes pelaburan ASB, kita tidak ada risiko hilang modal kerana nilai asas seunit RM1.00 adalah dijamin. Namun ada risiko mungkin pulangan pelaburan yang rendah daripada kadar inflasi. Jika itu berlaku maka tujuan pelaburan kita tidak dipenuhi. Walau bagaimana pun situasi ini belum pernah terjadi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>