Saya ingin berkongsi satu rahsia berkaitan produk investment-linked atau takaful-linked. Maklumat ini ditulis dalam brochure produk tetapi jarang diterangkan kepada pelanggan kerana ia selalu back-fire kepada ejen. Pelanggan rasa tertindas dan mungkin membatalkan transaksi. Perkara yang saya maksudkan ialah sales charges atau dalam istilah takaful disebut Caj Wakalah. Dalam layman term, kita faham bahawa ia caj yang dikenakan oleh pengendali insurans atau takaful apabila sesuatu produk itu dilanggan. Caj inilah yang akan dikongsi oleh syarikat pengendali dan terutamanya untuk membayar komisen kepada ejen.
Jom kita perhatikan caj wakalah yang dikenakan oleh PruBSN, antara pengendali takafulink yang popular. Maklumat ini kita boleh perolehi melalui website PruBSN.
Kita fokuskan perbincangan kita kepada bahagian yang saya warnakan dengan warna kuning. Itu ialah caj yang dikenakan mengikut tahun polisi, dan akan berkurangan apabila polisi semakin lama. Namun, caj tahun pertama adalag terlalu tinggi. Yang paling tidak adil kepada pelanggan ialah bahagian ini,
Takafulink is based on the Wakalah Model where the Takaful Operator deducts a charge from the contributions before allocation/crediting into the PUA, ISA and IUA.
Sebagai contoh, jika seorang peserta produk ini menyumbang RM300 sebulan, maka RM180 adalah ditolak dahulu untuk caj wakalah. Selepas itu ada pula caj perlindungan, yang biasanya sekitar 20% – 30% lagi. Baki yang tinggal setelah ditolak dua perkara itu akan menjadi amaun sebenar yang disimpan. Itulah punca utama kenapa nilai masa depan yang pelanggan perolehi melalui produk seumpama ini adalah tidak berbaloi jika dibandingkan jumlah yang telah dicarum.
Walaupun ada beberapa kelebihan perlindungan yang dipakejkan bersama produk takafulink, tetapi saya lebih cenderung untuk menganjurkan agar produk insurans atau takaful dipromosikan untuk tujuan yang asal sahaja iaitu perlindungan. Simpanan atau pelaburan perlu menggunakan instument kewangan yang lain.
Dalam post ini saya mengambil produk investment linked sebagai contoh. Namun ada sesetengah syarikat pengendali takaful yang masih mempromosikan produk berkonsep endowment yang caj wakalahnya sehingga 90% bagi tahun pertama.
