Emas dan perak akan keluar daripada payslip anda. Ya, payslip yang sama, yang anda dapat setiap hujung bulan tu. Anda boleh keluarkan emas dan perak berkali-kali jika anda tahu rahsianya. Teruskan pembacaan ‘mencabar akal ini’. Pesan awal saya, rebut peluang ini kerana jika tidak diambil, semua orang akan rugi kerana putusnya kitaran ekonomi.
Saya baru keluar dari pertapaan dan saya ada berita baik untuk saya kongsikan. Saya pergi bertapa dan berguru dengan tok guru baru dan hasilnya timbul satu idea yang saya boleh gunakan untuk membantu pelanggan dan rakan-rakan saya menambah portfolio pelaburan dan kekayaan mereka. Saya berguru dengan seorang tokeh (atau taukeh, tetapi bukan togeh) kedai emas, tentang rahsia bagaimana menjana untung pelaburan sekitar 70% setahun menggunakan emas fizikal. Lebih spesifik katanya, menggunakan barang kemas (emas 916). Jika dahulu saya cuma ada ilmu analisa teknikal, menganalisa potensi pergerakan harga emas dan perak, kini ilmu saya lebih ‘membumi’ kerana ini berkisar tentang barang kemas atau emas hiasan yang lebih disukai oleh Wanita.
Lalu satu persoalan timbul, bagaimana nak menggunakan penemuan baru saya tadi untuk manfaat pelanggan saya sedia ada dan pada masa yang sama tentulah boleh menjadi portfolio baru dalam list perkhidmatan saya. Saya berfikir dan mencari idea ‘blue ocean strategy’ dan hadirnya idea baru seperti tajuk entry ini, Teknik Tarik Emas (dan Perak) Daripada Payslip. Jika secara teorinya, tuan-tuan boleh tunjuk payslip kepada saya, dan saya akan keluarkan emas atau perak daripada payslip yang sediaada itu. Duit gaji dan segala butiran lain dalam payslip itu tidak berubah sama sekali.
Bagaimana saya melakukannya? Itu biarlah jadi rahsia saya dan didedahkan eksklusif kepada pelanggan yang terlibat sahaja. Cuma saya jelaskan saya tidak menggunakan magik, tidak melibatkan sihir, khurafat atau sebarang tindakan yang menyalahi syarak. Anda boleh lihat secara berdepan dan saya akan terangkan langkah-langkah yang kena ambil. Anda tidak perlu berpelajaran tinggi untuk faham teknik ini. Paling menarik, saya hanya jalankan tugasan menarik ni sekali sahaja, tetapi tuan-tuan akan dapat emas setiap bulan atau paling minimum 3 bulan sekali (bergantung kepada kualiti payslip).
