Category Archives: Tips Jimat Duit

Kaspersky Internet Security 2012 hanya RM30 untuk 3 users

KIS 2012 3 users

Hanya RM30 untuk 3 users - beli di Jiwang.org

Satu lagi tips jimat duit oleh MaxRinggit dot Com.

Bagi pengguna internet yang mahukan perlindungan antivirus atau internet security yang bagus dan murah, saya ada sumbernya. Sudah beberapa kali saya mendapatkannya daripada sumber ini.

Anda buka forum jiwang.org dan buat carian keyword ‘kaspersky internet security 2012’. Ada beberapa forumer di sana yang menjual code original Kaspersky KIS 2012. Harganya cukup murah, hanya RM30 untuk dipasang di 3 komputer. Selalunya saya beli berkongsi dengan kawan-kawan. Harga ini sangat murah walaupun jika dibandingkan dengan harga promosi di PC Fair.

Extra Jimat 10% Insurans / Takaful Motor

Kalau kita nak renew insurans / takaful untuk kereta & MPV, maka elok beli direct melalui web MotorTakaful atau portal maybank2u. Kita boleh dapat diskaun 10% selain NCD yang memang kita akan dapat. Sebenarnya diskaun 10% itu adalah komisen ejen, tetapi dalam kes ini kita seolah-olah  jadi ejen serta-merta. Kalau nak ikutkan tak bagus sebab tindakan itu menganiaya ejen Etiqa. Kita sebagai pengguna sentiasa mengalu-alukan apa sahaja promosi yang memberi manfaat kepada pengguna.