Pelaburan Terbaik

Entri ini menjawab persoalan jika anda ada sejumlah tunai, pelaburan apakah yang terbaik untuk dilaburkan duit berkenaan.

Barangkali jawapan ni bukan semestinya betul kerana lain orang lain pula sudut pandangnya. Sebenarnya soalan seumpama ni kerap kali saya terima daripada prospek. Bila saya cuba mencari jawapan di google, rupanya ramai yang inginkan jawapan kepada soalan ini. Jika ada yang menjawab soalan itu, tentulah masing masing berhujah mengatakan produk mereka terbaik. Saya akan berikan jawapan yang berbeza dan tak semestinya anda kena setuju dengan saya.

Saya nak kongsikan hujah saya dalam list kriteria:-

Kriteria Pelaburan Terbaik #1 – Caj jualan yang rendah

Berapa caj jualan atau caj perkhidmatan yang anda kena bayar semasa mula melabur? Caj jualan atau lebih dikenali sebagai up-front charge ialah jumlah yang ditolak semasa pelaburan kita didepositkan.

Sebagai contoh:

Unit trust 6.5% – jika melabur RM10,000 maka caj jualan bersamaan RM650 ditolak. Amaun yang tinggal untuk menjana keuntungan hanyalah RM9,350.

Simpanan bank, ASB & Tabung Haji – Tiada caj jualan

Akaun saham / CDS – Tiada caj up-font. Bila kita nak beli sesuatu saham barulah dikenakan caj brokerage sekitar 0.5% daripada nilai saham dibeli.

Oleh itu, kita dapat perhatikan jika melabur tunai di dalam unit trust, maka kita akan mengalami ROI –6.5% sebaik sahaja kita memulakan pelaburan. Agak lama juga tu nak dapatkan balik modal dan seterusnya mencapai sasaran keuntungan 15% setahun. Itu pun kalau dapat. Jadi, melabur tunai di dalam akaun unit trust tidak sesuai jika kita tidak suka ROI negatif itu.

Kriteria Pelaburan Terbaik #2 – Potensi Pulangan yang Berbaloi

Sebagai petua umum bila melabur, pulangan minimum yang kita mahukan ialah menyamai kadar inflasi tahunan. Katalah kadar inflasi sekarang ialah 4%, jadi jika ROI sesuatu pelaburan itu melebihi 4% ia sudah baik tetapi mungkin tidak cukup untuk mencapai matlamat pelaburan kita.

Kriteria Pelaburan Terbaik #3 – Tahap Kecairan Yang Munasabah

Pelaburan yang punyai kecairan tinggi baik semasa kita ingin keluar daripada pelaburan tersebut. Instrumen kewangan di bank, unit trust atau saham mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Berbanding pelaburan hartanah, walaupun ROI nya menarik tetapi agak sukar untuk mencairkan pelaburan kita dalam tempoh singkat.

Kriteria Pelaburan Terbaik #4 – Ia mudah difahami dan dilaksanakan

Unit trust atau simpanan dalam REITs adalah mudah difahami dan mudah dilaksanakan. Hanya dengan membaca panduan pelaburan daripada buku-buku kewangan, seseorang sudah boleh melabur dengan baik.

Berbanding jika melabur dalam saham di Bursa Malaysia, pelabur perlu belajar dan mengkaji potensi sesebuah syarikat berkenaan. Jika pelabur bersabar dan melaksanakan tugasan dengan baik, tentulah pulangannya amat berbaloi.

Kriteria Pelaburan Terbaik #5 – Telah Terbukti Kejayaannya

Belajar melabur daripada orang yang telah terbukti kejayaan mereka adalah lebih baik. Banyak buku dan seminar yang dianjurkan, membimbing pelabur baru melalui proses menjadi pelabur berjaya dengan cara yang betul.

Kriteria Pelaburan Terbaik #6 – Risiko Terurus

Mengurukan risiko biasanya berkait dengan pulangan yang diharapkan. Bagi pelaburan seperti saham, ia memerlukan daya tahan emosi yang lebih mencabar jika dibandingkan dengan melabur di ASB.

Kesimpulan.

Bagi kebanyakan orang, pelaburan tunai biasanya disimpan di ASB atau tabung haji. Bagi saya, simpanan untuk tujuan kecemasan atau keperluan jangka pendek memang sesuai disimpan di sana. Amaun selebihnya, jika ada kemahuan elok dilaburkan di medium lain seperti REITS atau saham syarikat yang berkualiti.

Jika mahukan bacaan lanjut berkaitan saham, jemputlah ke blog www.sahambursa.com

Comments

comments

8 thoughts on “Pelaburan Terbaik

  1. Berminat utk membuat pelaburan unit trust melalui kwsp. Harap saudara dpt membantu beri tips dan tidak silap saya saudara penah menulis entry berkenaan unit trust kendalian MAAKLnamun entry tu dah hilang. Harap tidak keberatan. Teruma kasih…

    1. Ya boleh saja. Saya emailkan kepada saudara penjelasan lanjut.

      Berkaitan posting berkaitan MAAKL Mutual, ia telah hilang apabila blog saya crashed menjelang raya baru-baru ini.

    1. Terima kasih tuan kerana sudi berkunjung. Saya juga telah lawati web tuan, saya suka. Teruskan usaha murni tuan untuk mendidik pembaca perkara berkaitan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


2 + two =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>