About

Nama saya Saharizam, Kawan-kawan panggil saya "Saha" sahaja.

Umur 45 tahun. Latar belakang pendidikan saya dalam bidang perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya graduate di sana pada tahun 1997. Selepas grad, saya sempat bekerja sebagai auditor di Arthur Andersen & Co dan juga Permodalan Nasional Berhad.

Sejak 1999, saya telah meninggalkan pekerjaan di dalam bidang berkaitan akaun dan audit. Bekerja sebagai frelancer dalam bidang kewangan ni telah memberi peluang kepada saya menyertai banyak organisasi yang secara spesifik memberi perkhidmatan berkaitan:-

  1. Takaful / Insurans
  2. Pelaburan terutamanya Unit Trust
  3. Perancangan Harta Pusaka

Namun saya juga jenis orang yang suka explore dan mencuba pelbagai bidang terutama yang berkaitan perniagaan dan duit. Antara lain, saya pernah terlibat dalam MLM (Network Marketing) dan juga Forex Trading. Setidak-tidaknya, saya faham industri itu dan boleh berbual dalam lingo yang sama bila berjumpa individu yang aktif dalam kerjaya berkenaan.

Kini, saya memfokus membantu pelanggan dan kawan-kawan saya untuk mengatur kewangan mereka agar selagi dengan matlamat kehidupan dunia dan akhirat.

Jika anda yang membaca nota ini berminat untuk mendapatkan idea dan perkongsian saya dalam perkhidmatan kewangan seperti takaful, pelaburan dan juga pengurusan legasi harta, saya amat berbesar hati dan sedia memberikan khidmat terbaik untuk anda.

Sudikan menghubungi saya untuk kita set temujanji.