Cara Lebih Selamat & Menjimatkan Untuk Melabur Bitcoin dan Alternate Coin

Anda seorang pelabur matawang crypto atau berminat nak melabur cryptocoin seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin atau Ripple?

Saya nak kongsikan cara melabur yang lebih mudah dan cost effective berbanding kaedah yang biasa ramai orang lakukan.

Cara yang biasa pelabur guna bila melabur cryptocoin

Langkah 1 : Pelabur akan membeli Bitcoin (BTC) atau crypto yang dikehendaki melalui website exchanger yang menawarkan jual-beli crypto seperti:-

  1. Localbitcoin
  2. Remitano
  3. Luno

Ada yuran dan spread yang perlu ditanggung. 

Langkah 2: Mereka akan simpan di dalam wallet crypto masing-masing sambil berdoa 3 perkara tidak berlaku kepada wallet tersebut.

  1. Wallet selamat daripada digodam oleh hacker.
  2. Tidak kehilangan password dan juga back up password. Di dalam ekosistem crypto, tidak ada istilah recover password.
  3. Sekiranya mereka meninggal dunia, waris mereka tahu tentang pelaburan crypto tersebut dan juga ada password dan tahu bagaimana membuka wallet yang berkenaan.

Langkah 3 : Seterusnya, pelabur akan menunggu nilai BTC naik seperti yang dijangkakan.

Langkah 4 : Bila sampai masa untuk menjual BTC, mereka jual semula melalui website Localbitcoin, Remitano atau Luno dan terpaksa membayar yuran dan kos yang berkaitan setiap kali perubahan duit fiat kepada crypto dan juga pemindahan antara satu crypto dengan crypto yang lain.

Cara melabur crypto yang lebih baik; melalui akaun broker

Kaedah yang lebih mudah dan selamat ditawarkan oleh sebuah broker Quantitative Asset Management UK unit perniagaan mereka FXstockbroker Crypto-Hub

Langkah 1 : Pelabur buka sebuah akaun bersama fxstockbroker.com

Langkah 2 : Depositkan modal ke dalam akaun itu. Kadar tukaran yang digunapakai untuk tujuan deposit dan pengeluaran ialah kadar tukaran semasa harian selling TT USD/MYR.

Langkah 3 : Beli BTC melalui platform online, samaada belian selagi gus atau dalam pecahan unit mengikut harga yang dikehendaki.

Langkah 4 : Tunggu kenaikan harga BTC.

Nota: Pelabur juga boleh memindahkan unit pegangan crypto mereka daripada akaun broker ke wallet crypto masing-masing.

Langkah 5 : Bila jual, nilai keuntungan akan disimpan dalam nilai USD. 

Langkah 6 : Sekiranya pelabur mahu membuat pengeluaran, nilai dalam Ringgit Malaysia akan dibayar terus ke bank tempatan pada kadar tukaran harian bank USD/MYR.

Kelebihan melabur crypto menggunakan FXstockbroker's Crypto-Hub

  1. Tidak perlu menguruskan wallet. Terhindar daripada pelbagai risiko yang berkaitan dengan wallet crypto.
  2. Boleh mengurangkan fees dan spread semasa urusan membeli dan menjual matawang crypto.
  3. Pelabur ada pilihan jika mahu memindahkan unit crypto yang telah dibeli ke wallet peribadi milik sendiri.

Jika berminat untuk maklumat lanjut, anda klik pada butang di bawah dan kita berhubung melalui whatsapp.

Leave a Comment: