Cara mudah buat untung dengan Bitcoin dalam 2018

Anda seorang pelabur cryptocoin? Barangkali anda juga seorang pemerhati dan ada mendengar cerita orang lain buat duit banyak melalui pelaburan cryptocoin pada tahun 2017 yang lepas. Ada yang buat duit melalui projek mining, ada yang beli Bitcoin dan Altcoin dan simpan sahaja hingga nilainya naik. Tidak ketinggalan juga banyak skim yang berkaitan crypto muncul pada tahun lepas.

Chart Bitcoin pada 2017

Rajah chart di atas adalah pergerakan Bitcoin (BTC) pada separuh kedua 2017. Harga berada pada paras $1,000 pada Januari 2017, dan meningkat sejak itu hingga ke paras $3000 pada bulan Jun 2017. Pada separuh kedua, harga meneruskan momentum sehinggalah ia mencapai paras tertinggi $19,759.20 pada 17 Desember 2017. Sejak itu nilai BTC mengalami penyusutan dan ketika artikel ini ditulis nilai BTC semasa ialah $9,235.79

Saya menyaksikan kawan-kawan yang saya kenali menjadi jutawan kerana merebut peluang dalam pelaburan crypto ini. Seorang aktif dalam mining, manakala seorang lagi mengambil kesempatan dalam kerancakan Initial Coins Offering (ICO) ketika itu. Saya lihat fenomena crypto yang berlaku pada 2017 adalah unik dan agak sukar untuk berlaku ulangan kenaikan dalam momentum yang luar biasa seperti tahun 2017.

Bagaimana nak buat untung dalam 2018?

Saya ingin cadangkan strategi pelaburan crypto yang paling mudah. Kita beli dan simpan BTC sehingga nilainya mencapai paras tertinggi yang pernah berlaku sebelum ini iaitu $19,759.

Menurut analisa teknikal, penyusutan nilai BTC yang berlaku kini adalah 'retracement' dan harga akan melonjak ke tahap yang lebih tinggi, antara $20,000 ke $30,000 dalam jangkamasi 6 bulan hingga 2 tahun. Sebelum harga sampai ke tahap yang saya nyatakan ini, ia perlu terlebih dahulu 'break the resistance' iaitu paras tertinggi yang pernah dicapai. Harga mungkin terbang lebih tinggi atau kembali turun di bawah paras $19,700. Jadi adalah lebih selamat kita sasarkan jangkaan kita pada tahap harga itu.

Jom kita buat analisa mudah.

Harga tertinggi pernah dicapai : $19,759

Harga sekarang (24 April 2018) : $9,214

Potensi keuntungan = $19,759 -$9,214 = $10,545

Peratusan keuntungan : 10,545 / 9,214 = 114%

Nota: Untuk merujuk harga terkini Bitcoin, klik link ke website coinmarketcap.


Bila boleh capai tahap sasaran tu?

Saya jangkakan sasaran itu boleh dicapai pada tahun ini juga atau selewat-lewatnya tahun depan. Pulangan melebihi 100% dalam jangka waktu singkat adalah mustahil dalam kelas aset yang lain. 

Jika anda berminat untuk melabur dalam aset crypto terutamanya Bitcoin atau Altcoin yang popular seperti Ethereum, Ripple, Dash atau seumpamanya, saya boleh tunjukkan kaedah yang mudah dan selamat. Anda boleh bermula melabur dengan pelaburan serendah RM500.

Jika berminat, anda klik pada butang di bawah dan kita berhubung melalui whatsapp.

Leave a Comment: